KURIKULUM DI MALAYSIA

~Jommm...mari kita sama-sama meneliti dan berkongsi idea berkaitan isu kurikulum pendidikan di Malaysia...
Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

Monday 16 July 2012

PELAJAR DIBENAR MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH????

gambar hiasan

Hari ini dikejutkan dengan berita yang agak penting untuk diberi perhatian oleh kita semua mengenai isu dalam sistem pendidikan di negara kita . Pelajar mulai tahun depan, 2013 bakal dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. 

Perkara itu antara yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini       di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan.
DATUK DR WEE KA SIONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN  "Sesuatu trend dilihat lebih realistik pada waktu sama perlu ada sekatan pengunaan supaya tak ganggu gugat perjalanan dalam kelas itu prinsip kita dapat pelawa pandangan semua pihak". - www.tv3.com.my

Pihak KPM mungkin mempunyai alasan atau rasional mereka sendiri dalam mengeluarkan idea ini namun secara peribadinya saya berharap perkara ini akan dipertimbangkan semula kerana ianya lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Diharap perkara ini juga mendapat respon daripada NUTP.

Reaksi anda pula bagaimana??








6 comments:

  1. 100% x setuju...
    banyak kesan negatif dari positifnya....
    klu isu keselamatan yang ditimbulkan sebagai alasan kebenaran ini..ianya tidak rasional sepenuhnya....
    kemungkinan penyalahgunaan telefon bimbit ini akan berlaku walau berada dibawah pemantauan pihak sekolah....
    rasanya isu keselamatan bkn isu utama kebenaran ini diberikan kerana di sekolah sdr pun telah wujud keselamatan yang baik untuk pelajar2

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak keburukan daripada kebaikan di mana kita dapat lihat sekarang ini pun sudah terlalu banyak penyalahgunaan tel bimbit dan peningkatan gejala sosial..kita tidak mahu nanti disebabkabkan perkara ini akan timbul lebih banyak isu dan beban kepada guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Menyesal kemudian tk berguna lagi..diharapkan cadangan ini diteliti sebaik mungkin sblm diluluskan.

    ReplyDelete
  3. tak setujuuuu!!!!!!!! (dengan aksi protes di sini)

    ReplyDelete
  4. semalam kuar cdangan hari ni dh terlihat kesannya nti..

    http://www.harian-metro-online.com/sanggup-jual-tubuh-angkara-gajet

    gejala seperti ini lah yg tk diingini berlaku jika cadangan ini diluluskan!

    ReplyDelete
  5. tak bersetuju walau apa jua alasannya, sebab yang susah nanti cikgu2, semua akan menuding jari pada guru bila timbul masalah, dah tambah beban guru pulak nak kene jaga hp budak2 tu yg lagi banggih-manggih drp cikgu sendiri... lagipun dah ada kajian membuktikan masalah kanak2 yang menggunakan hp 3g lebih byk terlibat dlm gejala sosial (layari laman web porno etc) yang ternyata sukar dikawal sb yang guna hp tu budak itu sendiri, ibu bapa pun kadg2 tak begitu cekap guna smartphone berbanding kanak2 tu... so diorang boleh hide ape yang diorang dload tu ... (n parent x jumpe file tu kat mane huhuuu)

    ReplyDelete
  6. Pada pandangan peribadi saya, saya juga tidak menggalakkan para pelajar untuk membawa telefon bimbit dan di sekolah. Namun, untuk bersikap berkecuali, saya dapat himpunkan beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit di sekolah.

    Kebaikan membawa telefon bimbit ialah pelajar dapat melaksanakan aktiviti P & P di dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi terkini.Justeru,pelajar boleh mendapat maklumat dengan segera dengan pencarian maklumat di Internet.
    Malah pelajar boleh menghubungi ahli keluarga pada bila-bila masa bagi hal-hal tertentu serta dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dalam teknologi tinggi dan maju seiring teknologi sedia ada.

    Keburukan penggunaan telefon bimbit di sekolah ialah
    seperti merakam adengan seks di sekolah, mengintip dan sebagainya.Tidak semua pelajar yang berkemampuan untuk mempuyai telefon bimbit. Ini akan menyebabkan keadaan berat sebelah.Hal ini akan adanya aktiviti kecurian telefon bimbit dan "gadget" komputer yang lain secara berleluasa seandainya tiada tempat penyimpanan yang sempurna.


    Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju untuk perkara ini dilaksanakan. Kementerian seharusnya tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan perkara ini tanpa mendapat maklumbalas dari pihak-pihak yang berkenaan.

    Apatah lagi, zaman dulu-dulu, orang-orang kita belajar pandai juga. belajar sehingga menara gading juga walaupun tidak menggunakan telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Rasanya cukuplah sekadar makmal komputer di sekolah untuk membantu para pelajar untuk mempelajari dan mendalami teknologi terkini di pasaran.

    ReplyDelete