KURIKULUM DI MALAYSIA

~Jommm...mari kita sama-sama meneliti dan berkongsi idea berkaitan isu kurikulum pendidikan di Malaysia...
Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

Saturday 14 July 2012

WARISAN KITA

11 Julai 2012, bertempat di Dewan Seminar Aras 2, Dewan Bahasa Dan Pustaka berlangsung sudah Wacana Pemikiran Puisi Warisan yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBP sendiri iaitu YBhg. Dr. Hj. Awang Sariyan.

Kami turut berkesempatan menyertai wacana ini yang berlangsung dari jam 830 pagi hingga 5 petang.
Antara tujuan wacana ini dianjurkan adalah:-


·  Mengetengahkan pemikiran yang terdapat dalam puisi tradisional yang jarang diteroka seperti  nazam, gurindam dan syair kepada khalayak, khususnya generasi muda.

·    Memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para pendidik dan bakal pendidik yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya yang berkaitan dengan pengajaran komponen kesusasteraan (KOMSAS). Para mahasiswa Institut Pengajian Tinggi juga boleh mendapat manfaat melalui program ini.

·  Menanam minat dalam kalangan  khalayak terhadap puisi tradisional dengan menjadi pengkaji pemikiran atau pengamal pengucapan puisi tradisional, dan seterusnya menyebarluaskannya kepada seluruh masyarakat.


o    Para pembentangnya ialah:

Dr. Zurinah Hassan
Dr. Harun Mat Piah
Puan Rahimah Hamdan
Encik Roslan Madun
Puan Hajah Halimah Hassan
Tuan Haji Mohd. Yassin Ahmad



1 comment:

  1. semoga ilmu yang diterima dapat di manfaatkan sebaiknya...

    ReplyDelete