KURIKULUM DI MALAYSIA

~Jommm...mari kita sama-sama meneliti dan berkongsi idea berkaitan isu kurikulum pendidikan di Malaysia...
Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

Friday 7 September 2012


Sempena bulan kemerdekaan ini, cadangan merangka semula Kurikulum baru bagi matapelajaran Sejarah  sekolah menengah mungkin ada kewajarannya...bagi saya, eloklah sekiranya mata pelajaran sejarah ini dimulakan  daripada peringkat rendah lagi kerana pada peringkat ini, minda kanak-kanak berada pada tahap perkembangan yang tinggi. Moleklah sekiranya  mereka ini didedahkan dengan semangat cinta akan negara semoga semangat patriotisme ini akan sentiasa disemai secara berterusan sehingga ke peringkat menengah.

Kurikulum baru Sejarah sekolah menengah sedang dirangka: Muhyiddin

07/09/2012 - 12:07:35 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka kurikulum baru mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dalam usaha melahirkan warga negara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu dijalankan dengan berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.
 
"Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah. Laporan (Jawatankuasa Khas) telah kami terima, InsyaAllah kami akan laksanakan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah, di sini hari ini. 

Jawatankuasa Khas yang ditubuh pada Mei 2011 itu dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM.
 

Jawatankuasa Khas itu berfungsi untuk mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah bagi memastikan ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air dan sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment