KURIKULUM DI MALAYSIA

~Jommm...mari kita sama-sama meneliti dan berkongsi idea berkaitan isu kurikulum pendidikan di Malaysia...
Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

Thursday 30 August 2012

Kuasa Merotan Murid

Selepas menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama 2 minggu di sekolah sebelum cuti raya , saya rasa tidak sabar pula untuk bergelar 'Cikgu'..cepatlah wahai masa kau berlalu pergi...=) Walaubagaimanapun, dalam keterujaan untuk bergelar cikgu, di sini saya ingin mengingatkan diri saya dan anda semua supaya berhati-hati dalam bab menghukum murid. Usah menghukum mengikut emosi. Kuasa merotan hanya diberi kepada guru besar atau pengetua sahaja. Namun, guru besar atau pengetua boleh menurunkan kuasa merotan kepada guru dengan bersurat iaitu dengan menggunakan Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan sepertimana dalam Lampiran A. Jika merotan hendaklah sesuai dengan jenis kesalahan yang dilakukan seperti yang tercatat dalam Lampiran B. Berikut ialah Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 dan contoh Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan serta Jenis Kesalahan Dan Hukuman Yang Boleh Dikenakan Mengikut Jenis Kesalahan;

sumber pekeliling : Kementerian Pelajaran Malaysia






5 comments:

  1. Hukuman rotan merupakan satu hukuman yang berat dan menyakitkan. Hukuman ini menjadi amalan biasa di sesetengah sekolah sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Contohnya bagi kesalahan merokok pertama kali di sekolah, pelajar akan dirotan sebelum disingkirkan.

    Guru patut diberi sedikit hak dan kuasa untuk memukul pelajar bagi mengawal disiplin di kalangan pelajar yang kini ditahap membimbangkan. Ibu bapa dan media perlulah lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang gurupun yang mahu memukul pelajarnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan, mereka tahu natijahnya jika mereka memukul pelajar ( Dewan Masyarakat, Januari 1997).

    Ibu bapa sepatutnya memberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk memukul anak mereka yang melakukan kesalahan bagi membentuk disiplin dan keperibadian mereka. Ini kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar lain yang melihat hukuman ini dijalankan juga akan merasa ngeri untuk melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu masalah pelanggaran disiplin dapat diatasi.


    Bagaimanapun disamping memberi kesan yang positif terhadap pelaksanaan hukuman rotan, ia juga turut memberi kesan negatif kepada pelajar. Ini kerana walaupun hukuman ini pernah diiktiraf dan diakui keberkesanannya pada suatu ketika dulu, tetapi kaedah ini dikatakan tidak sesuai pada masa sekarang memandangkan keadaan persekitaran yang berubah. Justeru itu keberkesanan hukuman rotan perlu dinilai semula, ini tidak bermakna hukuman rotan tidak boleh direalisasikan tetapi elok jadikan ia sebagai salah satu daripada alternatif yang boleh diambil.

    Penggunaan rotan boleh meninggalkan kesan fizikal kepada pelajar yang dipukul. Pun begitu dalam melaksanakan hukuman rotan guru seharusnya berhati-hati sebelum sesuatu tindakan diambil. Hukuman yang dikenakan perlulah setimpal dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Guru sewajarnya tidak menyalahgunakan kelonggaran atau kuasa yang ada dan bertindak memukul pelajar dengan dorongan perasaan geram atau marah. Ini bertujuan mengelakkan gejala penderaan terhadap pelajar sekolah berlaku.

    ReplyDelete
  2. Jika dahulu kita selalu mendengar ibu bapayang menghantar anak ke sekolah mengataka cikgu didikla anak saya, rotanlah anak saya. Malahan ada ibu bapa yang menyerahkan sendiri rotan kepada guru. Namun perkara ini dilihat sebaliknya pada zaman sekarang.
    Apa yang sedihnya sekarang ialah guru bukan hanya tidak boleh merotan di sekolah bahkan tidak boleh menyebabkan apa pa yang boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal waima menjeling bahkan menyindir sekalipun.
    INi menjadikan guru terperangkapkan diantara tugasan dan juga undang-undang. Tidak semua guru yang bertindak sesuka hati. Ramai di antara guru yang betul-betul berniat untuk mendidik mendi serba salah kerana kes-kes yang dipaparkan di ruratkhabar menunjukkan seolah-olah guru dengan sewenang-wenangnya memukul dan mendera pelajarnya.
    Namun jika kita berada di situasi sebenar barulah kita sedar betapa susahnua mendidik dan mendisplinkan pelajar sekarang.
    Renung-renungkan

    ReplyDelete
  3. Nurul Idayu Harun:Assalamualaikum.. dunia byk yg dah berubah. kalau dulu, cikgu rotan anak murid, ibu bapa suka. anak murid pun takut nak mengadu sbb takut dimarah oleh ibu bapa. dulu, cikgu rotan bertujuan utk mendidik. sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. kalau cikgu rotan je, cepat-cepat je mengadu kat ibu bapa..ibu bapa yang terlalu manjakan anak, terus dtg sekolah, marah-marah kat cikgu tu...dunia, dunia...kalau tak nak anak kene rotan ke, kena apa ke..baik ajar sendiri la anak kat rumah..

    ReplyDelete
  4. walau sesiapa pun yang menjalankan hukuman tersebut,biarlah matlamatnya untuk mendidik dan menyedarkan akan kesalahan yang telah dilakukan murid-murid bukan hanya mengikut emosi semata.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya dulu dayah tak kisah .. tapi sejak jadik emak , tak sanggup kalau anak kena rotan dengan org lain..

    ReplyDelete